Saturday 28 June 2014

PENTAKSIRAN TUGASAN 1

PENSIJILAN GURU TUGASAN 1

PENTAKSIRAN TUGASAN 2

PENSIJILAN GURU TUGASAN 2

ARTIKEL 3 PENTAKSIRAN

PENERIMAAN GURU TERHADAP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DENGAN KOMITMEN GURU DALAM MELAKSANAKAN PBS SEKOLAH RENDAH
Noraini Mat Loddin & Suhaida Abdul Kadir

PAUTAN:

ULASAN:
Kertas kerja ini membincangkan asas kerangka kajian bagi penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS di sekolah.  Kertas kerja ini membantu pembaca untuk mengetahui reaksi para guru terhadap pelaksanaan PBS. Kajian-kajian sebelum ini yang dipaparkan dalam kertas kerja ini membantu menguatkan kenyataan yang dinyatakan oleh penulis. PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu.  Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Pada pendapat saya, walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki. Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan penambahanbaikan terhadap pelaksanaan PBS ini.  

ARTIKEL 4 DAN 5 PENTAKSIRAN

PAUTAN ARTIKEL 4:
 

PAUTAN ARTIKEL 5:




ARTIKEL 4 DAN 5 PENSIJILAN GURU

PAUTAN ARTIKEL 4:


PAUTAN ARTIKEL 5:



Wednesday 25 June 2014

ARTIKEL 2 STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

NILAI PROFESIONALISME BAKAL GURU BERTERASKAN INDIKATOR STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Nur Hafizoh Idris
Rohana Hamzah

PAUTAN:

ULASAN: 
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Kajian ini menggunakan instrumen penilaian rubrik jenis analitik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, saya mendapati pengkaji juga menerangkan hasil dapatan kajian dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian sederhana terhadap tiga elemen penting penentu kualiti bakal guru perlu di beri perhatian sewajarnya agar proses pendidikan yang bertujuan menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dipertingkatkan kualitinya. Kefahaman guru terhadap proses integrasi nilai tertinggi iaitu kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan melalui proses pendidikan perlu dimantapkan kerana ia adalah asas untuk melahirkan insan berakhlak mulia. Elemen kepimpinan di kalangan bakal pendidik juga perlu diperteguhkan dimana guru perlu sedar bahawa proses pendidikan adalah proses untuk melahirkan pemimpin perubahan (khalifah) bukan seorang pengikut. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa apa yang terkandung di dalam Standard Guru Malaysia bukan sahaja perlu di jadikan panduan tetapi perlu difahami agar ia benar-benar menjadi penanda aras kompetensi bakal guru di Malaysia.

Tuesday 24 June 2014

ARTIKEL 3 BUDAYA SEKOLAH


PENGARUH LATAR BELAKANG SOSIAL KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN SAINS DAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH

Abdullah Mohd Noor

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang latar belakang sosial keluarga mempengaruhi pencapaian Sains dan Matematik di kalangan murid sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah murid berpencapaian tinggi dalam matematik dan sains menunjukkan ciri-ciri berikut:  terdiri daripada murid lelaki, anak pekerja professional, anak keluarga berpendapatan tinggi dan sederhana, saiz keluarga besar, sokongan tutor, menonton TV antara 3-4 jam sehari, lakukan kerja rumah antara 3-4 jam sehari, mempunyai aspirasi professional dan perkhidmatan, berminat ke sekolah kerana pelajaran, dan berminat dalam matapelajaran matematik dan sains. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa jika seseorang itu mahu berjaya dalam pelajaran faktor-faktor di atas perlu diambil kira dalam kehidupan seorang murid sebagai pelajar. Kepada guru, latar belakang sosial murid adalah penting dalam pengajaran dan kejayaan pengajaran di sekolah.

ARTIKEL 3 KURIKULUM

 AMALAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Rosnah Binti Ishak
Muhammad Faizal Bin A. Ghani
Saedah Siraj

ULASAN:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan pembelajaran individu dan berpasukan dalam kalangan guru Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP). Kajian juga bertujuan mengenal pasti perbezaan amalan pembelajaran tersebut antara dua kategori SBP iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Dapatan kajian menunjukkan kesemua amalan pembelajaran individu guru diamalkan pada tahap tinggi di SBT. Instrumen soal selidik telah digunakan bagi mengumpulkan data. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji bersesuaian dengan tujuan kajian ini. Bahasa yang digunakan oleh pengkaji juga baik dan mudah difahami oleh pembaca. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah guru Sekolah Berprestasi Tinggi mempraktikkan semua amalan pembelajaran individu dan berpasukan pada tahap tinggi. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa implikasi dasar daripada kajian ini mencadangkan amalan pembelajaran guru diberi tumpuan kerana guru yang berkualiti menghasilkan murid yang berkualiti. Selain itu, implikasi amalan daripada kajian ini mencadangkan guru mengaplikasikan pembelajaran individu dan berpasukan sebagai penyelesaian kepada banyak masalah guru.

ARTIKEL 2 BUDAYA SEKOLAH

PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA

Zainon Bt Omar
Ahmad Bin Esa

PAUTAN:


ULASAN:
Kajian ini berfokus kepada isu utama yang hendak dilihat sama ada guru-guru memberikan persepsi yang positif terhadap peranan ibu bapa dalam membina hubungan dengan pihak sekolah. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian. Saya berpendapat bahawa instrumen kajian yang digunakan juga sesuai untuk menjawab persoalan kajian ini. Didapati daripada hasil kajian yang diperoleh sedikit sebanyak dapat membantu pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik untuk menjadikan ibu bapa sebagai “smart partnership” dalam memperkasa sistem pendidikan di sekolah.

ARTIKEL 2 KURIKULUM



KURIKULUM KEARAH PENGHASILAN KEMAHIRAN BERFIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF

 Abu Bakar Nordin

PAUTAN:

ULASAN:
Jurnal ini adalah tentang perancangan dan pembinaan kurikulum perlu berbentuk luar biasa supaya kurikulum yang dihasikan itu didasari oleh idea mengenai kreativiti, inovasi, fleksibel, and selesa dengan perubahan. jurnal yang ditulis juga mengandungi sorotan literatur yang mutakhir serta bersesuaian dengan jurnal yang ditulis untuk menyokong kenyataan yang ditulis. Ayat-ayat dalam penulisan ini juga tersusun dan mudah difahami. KSSR juga dibincangkan dalam jurnal ini. Sememangnya elemen baru dalam pedagogi ialah penggunaan strategi bilik darjah oleh guru yang bermakna guru diberikan budi bicara untuk mengurus pembelajaran dengan pelbagai cara asalkan ianya berbentuk pemusatan pelajar dan menggalakkan kemahiran berfikiran kritikal, kreatif dan inovatif. Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan jurnal ini adalah kejayaan dalam mentransformasikan pendidikan sebagaimana yang diimpikan oleh Perdana Menteri akan membantu dalam pencapaian Visi 2020 kerana peggerak kearah itu hanya boleh dilakukan oleh individu dan generasi yang boleh berfikir secara kritikal, kreatif, inovatif dan di luar kotak atau luar biasa.

ARTIKEL 2 STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

PENGARUH KOMPETENSI GURU MATEMATIK KE ATAS AMALAN PENGAJARAN KREATIF

Azhari Mariani
 Zaleha Ismail

 PAUTAN:

ULASAN:
Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh kompetensi guru matematik ke atas amalan pengajaran kreatif. Pengkaji menerangkan dengan jelas tentang  domain-domain kompetensi guru iaitu pengetahuan , kemahiran serta sikap dan personaliti guru dilihat memberikan pengaruh yang besar terhadap amalan pengajaran kreatif. Pengaruh tersebut akan memberi implikasi terhadap pembentukan modal insan yang diaspirasikan oleh negara. Bahasa yang digunakan dalam penulisan ini juga mudah untuk difahami. Saya bersetuju dengan pengkaji bahawa betapa pentingnya amalan pengajaran kreatif dipupuk dari peringkat awal pendidikan sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru matematik mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Pengaruh kompetensi guru matematik dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru perlu dipertingkat dan diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memperkasakan amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru-guru matematik di Malaysia. 
 

Sunday 22 June 2014

ARTIKEL 3 BAHASA PENGANTAR

Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris

Azizi Hj. Yahaya
Shahrin Hashim
Fadhlina Binti Mohd Azizuddin


PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah berkaitan dengan permasalahan seperti tahap kesediaan guru dari segi penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri mereka untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Selain itu, tahap kompetensi guru juga dapat dinilai dengan tahap penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mereka gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Pengkaji menerangkan hasil dapatan kajian dengan jelas dan baik. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Kesimpulan yang boleh diperoleh daripada kajian ini adalah kejayaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris banyak bergantung kepada kemahiran guru-guru untuk melaksanakannya kerana guru merupakan agen yang utama dalam menyampaikan dan mencurahkan ilmu. Maka, guru-guru matapelajaran sains dan matematik perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Mereka juga harus sentiasa bersedia menghadapi perubahan-perubahan mengikut peredaran dan cuba untuk menyesuaikan diri mereka dalam setiap situasi yang bakal mereka tempuhi.

ARTIKEL 2 BAHASA PENGANTAR

Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
 Dalam Bahasa Inggeris

Mohini Bt Mohamed & Saiful Azman Bin Mokhter


PAUTAN:

ULASAN:
Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan PPSMI menerusi persepsi pelajar dari segi kesediaan pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran, minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan seronok dan bersungguhsungguh serta dari segi keyakinan pelajar bahawa mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan jaya. Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa faktor kesediaan, minat dan keyakinan pelajar terhadap pelaksanaan PPSMI secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian juga telah dapat mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang sederhana berdasarkan pencapaian MUET yang berada pada band 3 dan band 4. Berdasarkan analisa statistik, didapati pelajar perempuan lebih mempunyai minat yang tinggi dalam mengikuti PPSMI tetapi kurang berkeyakinan berbanding lelaki. Secara keseluruhannya didapati bahawa status bangsa tidak membezakan tahap keyakinan, minat dan kesediaan pelajar dengan ketara, ini berdasarkan dapatan yang menunjukkan majoriti semua bangsa, sama ada bangsa Melayu atau bukan Melayu mempunyai tahap keyakinan, minat dan kesediaan yang sederhana sahaja. Walaupun PPSMI telah dimansuhkan, namun, kajian ini relevan sebagai panduan pada masa kini dan masa akan datang. Saya juga mendapat bahasa yang digunakan oleh pengkaji juag mudah difahami. Keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian yang baik.

Wednesday 18 June 2014

ARTIKEL 3 PENSIJILAN GURU

KINI SESIAPA SAHAJA BOLEH MENJADI GURU?

Shukri Zain
bersama
Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Roslee Talip dan Muhammad Suhaimi Taat.

PAUTAN:

ULASAN:
Artikel ini berkaitan dengan bidang perguruan yang belum mendapat pengiktirafan profesional secara amalan pengurusan. Ini adalah disebabkan ketidakkonsistenan pentadbiran dan pengurusan dasar ke atas pengambilan guru.  Saya bersetuju dengan kenyataan penulis bahawa menjadi guru bukan sekadar berkaitan tugas pengajaran dan pembelajaran, malah merentasi komponen-komponen pelengkap lain seperti ko-kurikulum, pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia dan kepimpinan. Ujian sebenar ialah bagaimana seseorang bakal guru mampu meletakkan dirinya ke tempat wajar dan sebenar ke posisi kepelbagaian tugas di sekolah. Perkara yang penting  dalam pemilihan guru bukanlah bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi aspek pengurusan, kawalan kualiti, ketrampilan sahsiah dan kebertanggungjawaban penghayatan ilmu. Keseluruhannya, artikel ini bagus kerana pembaca dapat mengetahui situasi dalam pengambilan guru pada masa kini. Bahasa yang digunakan oleh penulis juga mudah untuk difahami.

ARTIKEL 2 PENSIJILAN GURU

LESEN UNTUK GURU: SYARAT MENGAJAR BAGI PELIHARA INTEGRITI PROFESION 

PAUTAN:


ULASAN:
Artikel yang ditulis menjelaskan tentang  Kementerian Pelajaran (Kini, Kementerian Pendidikan) menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet. Pada pendapat saya, perkara ini penting untuk mengekalkan integriti perguruan dan menjaga profesion perguruan.

ARTIKEL 3 TIMSS

AKTIVITI KEPIMPINAN PENGETUA DI ASIA TENGGARA: ANALISIS DATA KAJIAN TIMSS 2011

Azlin Norhaini Mansor
Jamalullail Abd Wahab
Mohd Izham Mohd Hamzah
Norhayati Yusoff

PAUTAN:

ULASAN:
Tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011, melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah dan pengajaran guru. Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru. data kajian TIMSS 2011 menunjukkan bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan. Persoalannya ialah, di manakah punca kelemahannya - pengetua tidak cekap, guru tidak mahir, murid bermasalah, struktur organisasi tidak ketat atau garis panduan pengurusan tidak jelas? Sehubungan itu, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku kepimpinan pengetua dan bagaimana setiap tingkah laku tersebut mempengaruhi pencapaian akademik murid, khususnya dalam matapelajaran sains dan matematik.

Sunday 15 June 2014

ARTIKEL 2 TIMSS

RANGSANG KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Oleh: Ifwan Tun Tuah

PAUTAN:

ULASAN:
Disebabkan keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.Maka, transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS. Artikel ini sangat bagus untuk pembaca menyedari betapa pentingnya kemahiran berfikir aras tinggi agar pelajar di Malaysia berupaya bersaing di peringkat global.

Wednesday 11 June 2014

ARTIKEL 3 AKSES DAN EKUITI

LOOKING CRITICALLY AT TEACHERS' ATTENTION TO EQUITY IN THEIR CLASSROOMS

R. Judith Reed & Nicholas Oppong

PAUTAN:


ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana dua Lembaga Kebangsaan mentakrif ekuiti dan bagaimana mereka mengaplikasikannya dalam bilik darjah mereka. Seterusnya, meneroka bagaimana isu-isu bangsa dan status sosio-ekonomi boleh mempengaruhi dalam menyediakan pengalaman bilik darjah yang sama rata untuk semua pelajar. Instrumen kajian yang digunakan iaitu soal selidik dan temubual juga bersesuaian. Kajian ini ditulis dengan baik. Kesimpulan yang didapati bahawa isu-isu bangsa dan status sosio-ekonomi boleh mempengaruhi dalam menyediakan pengalaman bilik darjah yang sama rata untuk semua pelajar. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa sebagai guru, kita seharusnya sedar sikap berat sebelah mungkin mempengaruhi pengajaran. Maka, guru perlu lebih peka dan memahami maklumat yang diberikan kepada pelajar-pelajar mereka sama ada tentang diri mereka atau orang lain.

ARTIKEL 2 AKSES DAN EKUITI

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID AUTISTIK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH: SATU KAJIAN KES

Hjh Kamaliah Muhammad
Wan Amimah Wan Mahmud

PAUTAN:

ULASAN: 
Kajian kes ini adalah untuk meninjau pelaksanaan PPI murid-murid pendidikan khas dari kategori autistik di sebuah sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan ialah temubual dan pemerhatian melalui senarai semak. Pada pendapat saya, intrumen kajian yang digunakan bersesuaian kerana dapat menjawab persoalan kajian ini. Kajian ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan. Inklusif murid autistik. Hasil dari kajian ini mendapati perspektif baru Program Pendidikan Inklusif selepas pengkonsepan semula pendidikan khas sedang beransur-ansur bergerak maju. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

Sunday 8 June 2014

ARTIKEL 3 JURANG/PERBEZAAN PENCAPAIAN

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN: SUATU PENTAFSIRAN DAN TINJAUAN MENGENAI PENDEKATAN SERTA PELAKSANAANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA*
(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed)

PAUTAN:

ULASAN:
Artikel ini adalah tentang suatu pentafsiran tentang pendemokrasian pendidikan dan tinjauan ringkas mengenai pendekatan, pelaksanaan dan amalannya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Saya setuju dengan kenyataan penulis tentang Pendidikan adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan kita sebenarnya tidak hidup dalam satu kekosongan. Sebaliknya, kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan. Dalam konteks negara, persaingan tersebut adalah terutamanya ialah antara bandar dan luar bandar dan antara kaum. Tugas kita ialah memastikan bahawa kita menggunakan peluang-peluang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Artikel ini juga telah ditulis dengan baik.
Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban
Abdul Razak Bin Idris & Saidanorlaili Binti Ali
Univeristi Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan satu kajian yang baik. Objektif kajian juga ada dinyatakan. Instrumen yang digunakan iaitu soal selidik juga sesuai. Apa yang boleh disimpul daripada kajian ini adalah menunjukkan guru-guru matematik di empat buah sekolah kebangsaan di Seremban menghadapi masalah pada tahap sederhana apabila menggunakan koswer PPSMI di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

ARTIKEL 2 PENGGUNAAN ICT DALAM PDP

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Berdasarkan kajian ini, saya mendapati pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam kajian ini dapat difahami dan ditulis dengan baik.

Saturday 7 June 2014

ARTIKEL 2 JURANG/PERBEZAAN PENCAPAIAN

KAJI SEMULA RUANG BANDAR DAN LUAR BANDAR

Shaharudin Idrus

PAUTAN:

ULASAN:
Artikel yang ditulis ini  tentang pembahagian dan definisi ruang di antara bandar dan desa yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan bagi meletakkan kategori sekolah dilihat tidak selari dan seiring dengan proses perkembangan bandar yang berlaku di negara ini. Ada mengatakan bahawa jurang perbezaan di antara desa-bandar yang semakin rapat perlu dilihat daam konteks perubahan penduduk yang mendiami kawasan perbandaran di negara ini. Kategori yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan dilihat masih lagi menggunakan tafsiran atau definisi lama perbandaran di negara ini. Situasi ini akan mempengaruhi perbezaan pencapaian di antara sekolah bandar dan luar bandar. Saya bersetuju dengan penulis bahawa pembahagian kategori bandar dan luar bandar bagi sekolah-sekolah di Malaysia wajar dinilai semula dalam konteks perbandaran negara agar kita tidak terperangkap dalam definisi maya bikinan kita sendiri, sedangkan realitinya yang terhampar adalah amat jauh perbezaannya. Keseluruhannya, artikel yang ditulis ini baik dan membuka mata pembaca dengan situasi realiti dalam pembahagian kategori bandar dan luar bandar bagi sekolah-sekolah di negara ini.

ARTIKEL 2 PENTAKSIRAN







PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN SINGAPURA DAN HONG KONG

Nurhashimah binti Za’ba

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui perbandingan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Kajian ini mengandungi kaedah pelaksanaan PBS dan transformasi kurikulum sekolah di setiap negara.  Secara keseluruhan, konsep dan cara pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong mempunyai bentuk pentaksiran yang lebih kurang sama tetapi menggunakan strategi dan pendekatan yang berbeza. Saya juga bersetuju dengan pengkaji kerana melalui pentaksiran juga, guru berupaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dan merancang tindakan susulan bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
 .



ARTIKEL 3 KEBIMBANGAN MATEMATIK

TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK

AZIZAH RAJAB
HAMIDAH ABDUL RAHMAN
WAN ZARINA WAN ZAKARIA
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah berkaitan tentang tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan Sains dan Matematik. Objektif kajian yang dinyatakan juga jelas. Berdasarkan dapatan kajian  ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. Saya bersetuju  bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kebimbangan guru Matematik dan Sains Tahun Satu di peringkat sekolah rendah kebangsaan.