Showing posts with label TIMSS. Show all posts
Showing posts with label TIMSS. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

ARTIKEL 3 TIMSS

AKTIVITI KEPIMPINAN PENGETUA DI ASIA TENGGARA: ANALISIS DATA KAJIAN TIMSS 2011

Azlin Norhaini Mansor
Jamalullail Abd Wahab
Mohd Izham Mohd Hamzah
Norhayati Yusoff

PAUTAN:

ULASAN:
Tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011, melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah dan pengajaran guru. Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru. data kajian TIMSS 2011 menunjukkan bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan. Persoalannya ialah, di manakah punca kelemahannya - pengetua tidak cekap, guru tidak mahir, murid bermasalah, struktur organisasi tidak ketat atau garis panduan pengurusan tidak jelas? Sehubungan itu, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku kepimpinan pengetua dan bagaimana setiap tingkah laku tersebut mempengaruhi pencapaian akademik murid, khususnya dalam matapelajaran sains dan matematik.

Sunday, 15 June 2014

ARTIKEL 2 TIMSS

RANGSANG KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Oleh: Ifwan Tun Tuah

PAUTAN:

ULASAN:
Disebabkan keputusan pelajar Malaysia dalam ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) tidak berada pada tahap memuaskan.Maka, transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. Kejayaan pelaksanaan itu akan dinilai daripada keputusan peperiksaan pelajar, terutama cara pelajar menjawab peperiksaan berbentuk HOTS. Artikel ini sangat bagus untuk pembaca menyedari betapa pentingnya kemahiran berfikir aras tinggi agar pelajar di Malaysia berupaya bersaing di peringkat global.

Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 1 TIMSS

Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA: Satu Refleksi
DR ZABANI BIN DARUS KPM 2012

PAUTAN:

ULASAN:

Artikel ini adalah berkaitan dengan status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA.  Artikel ini membolehkan pembaca mengetahui status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA. Hasil Kajian PISA dan TIMSS menjadi salah satu input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. PISA dan TIMSS menjadi penandaaras kepada pembelajaran bahasa, matematik dan sains di peringkat antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menjalankan tindakan susulan kesan daripada status pencapaian.