Showing posts with label KEBIMBANGAN MATEMATIK. Show all posts
Showing posts with label KEBIMBANGAN MATEMATIK. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

ARTIKEL 3 KEBIMBANGAN MATEMATIK

TAHAP KEBIMBANGAN GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TERHADAP PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK

AZIZAH RAJAB
HAMIDAH ABDUL RAHMAN
WAN ZARINA WAN ZAKARIA
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah berkaitan tentang tahap kebimbangan guru sekolah rendah kebangsaan terhadap pendidikan Sains dan Matematik. Objektif kajian yang dinyatakan juga jelas. Berdasarkan dapatan kajian  ini menunjukkan bahawa tahap kebimbangan guru matematik dan sains adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap kebimbangan terhadap tiga sub-skala kebimbangan berdasarkan faktor demografi seperti jantina, status perkahwinan, pengalaman mengajar dan umur adalah pada tahap sederhana. Saya bersetuju  bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kebimbangan guru Matematik dan Sains Tahun Satu di peringkat sekolah rendah kebangsaan.

Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 2 KEBIMBANGAN MATEMATIK

TAHAP KEBIMBANGAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MODUL MATEMATIK: SATU KAJIAN RINTIS DI POLITEKNIK MALAYSIA
GK Marriappen (gmarriappen@gmail.com)
Kanammah a/p Manukaram (kanammah1975@yahoo.com.my)
Rajiv Raj a/l Pusparaju (rajiv@psp.edu.my)
Rajesvari a/p Ramasamy (rajesvr@hotmail.com)
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kebimbangan pelajar politeknik terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kebimbangan pelajar berdasarkan faktor demografi jantina, etnik dan jurusan. Saya berpendapat kajian ini menggunakan cara menganalisis data yang sesuai, iaitu analisis deskripif, ujian-t tak bersandar dan Ujian ANOVA Sehala digunakan untuk meninjau tahap kebimbangan mengikut jantina, etnik dan jurusan. Instrumen yang digunakan dapat menjawab persoalan kajian. Kesimpulan yang didapati adalah dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian matematik yang diajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Hasil kajian membuktikan bahawa kebimbangan matematik memberikan impak ke atas pencapaian pelajar. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pelajar-pelajar yang mempelajari mata pelajaran Matematik Kejuruteraan menggunakan Bahasa Inggeris mengalami kebimbangan dan hal ini perlu diberi perhatian serius oleh golongan pendidik supaya peratus kebimbangan menjadi kurang.

Wednesday, 4 June 2014

ARTIKEL 1 KEBIMBANGAN MATEMATIK

HUBUNGAN SIKAP, KEBIMBANGAN DAN TABIAT
PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN
 
(THE RELATIONSHIP BETWEEN ATTITUDE, ANXIETY AND HABIT OF LEARNING WITH ADDITIONAL MATHEMATICS ACHIEVEMENT)

Arsaythamby Veloo* and Shamsuddin Muhammad

College of Arts and Sciences (CAS)
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok Kedah

PAUTAN:

 ULASAN:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Objektif kajian yang dinyatakan juga sesuai untuk mengenalpasti hubungan sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik tambahan serta untuk mengenalpasti pemboleh ubah sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik tambahan. Instrumen yang digunakan iaitu soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Instrumen yang digunakan sesuai. Saya mendapati kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Saya bersetuju dengan cadangan pengkaji. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Keseluruhannya, kajian yang dijalankan adalah baik. Pada pendapat saya, kekuatan artikel ini ialah pengkaji telah menggunakan penyusunan ayat yang jelas dan mudah difahami.