Showing posts with label PENDEKATAN PENGAJARAN. Show all posts
Showing posts with label PENDEKATAN PENGAJARAN. Show all posts

Saturday, 7 June 2014

ARTIKEL 3 PENDEKATAN PENGAJARAN

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DAN KAITANNYA DENGAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PELUANG PEKERJAAN

Dr. Abdullah Ibrahim
Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(KUKTEM)

PAUTAN:

ULASAN:
Kertas kerja ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang kepentingan strategi pembelajaran yang dilaksanakan di tiga jenis institusi pendidikan iaitu di sekolah, di maktab perguruan dan di universiti. Fokus perbincangan ini berkisar kepada strategi pembelajaran yang diamalkan dan implikasinya kepada pembangunan diri dan masa depan pelajar bila berdepan dengan alam pekerjaan. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis tentang pertukaran ke arah pendekatan Student Centred Learning (SCL) di sekolah membolehkan pelajar memainkan peranan yang aktif dalam proses pembelajaran dengan bekerja secara berpasukan, menggunakan pelbagai sumber dan belajar cara menyelesaikan masalah. Yang lebih penting ialah pelajar mampu berdikari dalam membuat analisis, sintesis dan penilaian. SCL juga jika dilaksanakan dengan betul boleh menukarkan corak pendidikan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat. Ini kerana pelajar berkemampuan menyelesaikan masalah yang timbul tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru. Keseluruhannya, penulisan kertas kerja ini baik.

ARTIKEL 2 PENDEKATAN PENGAJARAN

F & “f” DAN MATEMATIK: DILEMA SEORANG KONSTRUKTIVIS

Christina Agang
Sekolah Kebangsaan Tema
PAUTAN:
ULASAN:
Berdasarkan kajian ini, pengkaji  menggunakan teori pembelajaran berasaskan konstruktivisme dalam kelas pemulihan Matematik. Pengkaji melaksanakan  operasi tambah satu digit, dan aktiviti pemulihan dijalankan di luar waktu kelas yang formal terhadap responden. Namun, pengkaji tidak menjelaskan secara terperinci tentang objektif kajian dan persoalan kajian. Walau bagaimanapun,  susunan ayat pengkaji boleh difahami. Kajian ini menyedarkan pengkaji bahawa cara lama dan baru boleh saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji iaitu mengajar adalah seolah-olah membina sebuah bangunan. Paling penting ialah asasnya (the foundation), dan ini boleh dibuat dengan kukuh menggunakan pedagogi berasaskan falsafah konstruktivisme.

ARTIKEL 1 PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
 
Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kerana sesuai, ringkas dan mudah untuk dijawab. Seterusnya data dan maklumat yang dikumpul akan dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan suatu keputusan yang sah. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Walau bagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Namun, saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa guru-guru juga boleh lihat sama ada pelajar-pelajarnya faham atau tidak pengajaran yang disampaikan dengan menyoal pelajar semasa mengajar. Ini merupakan salah satu cara bagi menarik perhatian pelajar dalam P&P Matematik supaya pelajar tidak pasif dan leka. Selain itu, saya mendapati bahasa dan ayat yang digunakan oleh pengkaji mudah difahami.