SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Kursus ini dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh dan merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi Program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI.
Showing posts with label PENTAKSIRAN. Show all posts
Showing posts with label PENTAKSIRAN. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
ARTIKEL 3 PENTAKSIRAN
PENERIMAAN GURU TERHADAP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DENGAN KOMITMEN GURU DALAM MELAKSANAKAN PBS SEKOLAH RENDAH
Noraini Mat Loddin & Suhaida Abdul Kadir
PAUTAN:
ULASAN:
Kertas kerja ini membincangkan asas kerangka kajian bagi penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan komitmen guru dalam melaksanakan PBS di sekolah. Kertas kerja ini membantu pembaca untuk mengetahui reaksi para guru terhadap pelaksanaan PBS. Kajian-kajian sebelum ini yang dipaparkan dalam kertas kerja ini membantu menguatkan kenyataan yang dinyatakan oleh penulis. PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Pada pendapat saya, walaupun PBS merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan
yang berorientasikan peperiksaan di Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa
isu yang perlu diperbaiki. Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun melaksanakan penambahanbaikan terhadap pelaksanaan PBS ini.
Saturday, 7 June 2014
ARTIKEL 2 PENTAKSIRAN
PERBANDINGAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN SINGAPURA DAN
HONG KONG
Nurhashimah binti Za’ba
PAUTAN:
ULASAN:
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui
perbandingan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang dijalankan di Malaysia,
Singapura dan Hong Kong. Kajian ini mengandungi kaedah pelaksanaan PBS dan
transformasi kurikulum sekolah di setiap negara. Secara keseluruhan, konsep dan cara pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi Malaysia, Singapura dan Hong Kong
mempunyai bentuk pentaksiran yang lebih kurang sama tetapi menggunakan strategi
dan pendekatan yang berbeza. Saya juga bersetuju dengan pengkaji kerana melalui pentaksiran juga, guru berupaya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar dan merancang tindakan susulan bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
.
Friday, 6 June 2014
ARTIKEL 1 PENTAKSIRAN
THE ROLE OF TVET TEACHERS IN SCHOOL BASED ASSESSMENT
OF VOCATIONAL ELECTIVES SUBJECTS AT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ONN, BATU PAHAT, JOHOR.
OF VOCATIONAL ELECTIVES SUBJECTS AT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' ONN, BATU PAHAT, JOHOR.
Shamsiah Sidek, Nurin Abdul Majid, Nelly Ezatul Fazlina Md Sah, Hamidah Mohamed dan Mohd Noor Hashim
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
PAUTAN:
ULASAN:
Penulisan ini akan mengkaji perlaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di SMK Dato Onn Batu Pahat sebuah sekolah di bawah kategori sekolah luar bandar di Johor. Objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji lebih kepada umum, namun dijelaskan dengan baik supaya pembaca dapat memahami objektif kajian ini. Kajian ini fokus kepada subjek Kemahiran Hidup. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berkesan dalam sistem pelajaran masa kini, bukan sahaja pelajar di nilai secara penilaian sumatif malahan penilaian berterusan akan dilaksanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
