Showing posts with label PENGGUNAAN ICT DALAM PDP. Show all posts
Showing posts with label PENGGUNAAN ICT DALAM PDP. Show all posts

Sunday, 8 June 2014

Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban
Abdul Razak Bin Idris & Saidanorlaili Binti Ali
Univeristi Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji penggunaan koswer Pengajaran danPembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan satu kajian yang baik. Objektif kajian juga ada dinyatakan. Instrumen yang digunakan iaitu soal selidik juga sesuai. Apa yang boleh disimpul daripada kajian ini adalah menunjukkan guru-guru matematik di empat buah sekolah kebangsaan di Seremban menghadapi masalah pada tahap sederhana apabila menggunakan koswer PPSMI di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

ARTIKEL 2 PENGGUNAAN ICT DALAM PDP

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan ICT dalam P&P Matematik, kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Berdasarkan kajian ini, saya mendapati pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dikalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik semasa menjalani latihan mengajar. Selain itu, bahasa yang digunakan dalam kajian ini dapat difahami dan ditulis dengan baik.

Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 1 PENGGUNAAN ICT DALAM PDP

KESAN PENGGUNAAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD KE ATAS KEFAHAMAN KONSEP MATEMATIK PELAJAR
( The Effects of Using Geometer’s Sketchpad on Students’ Conceptual
Understanding of Mathematics)
Endang Istikomah, Nor Sakinah Mohamad
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan perisian Geometer’s Sketchpad ke atas kefahaman konsep matematik pelajar. Kajian ini juga menentukan hubungan antara kefahaman konsep matematik dan pencapaian pelajar. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Apa yang saya dapat simpulkan tentang kajian ini adalah kefahaman konsep dan pencapaian pelajar yang mengikuti pengajaran dengan berbantukan perisian Geometer’s Sketchpad adalah lebih tinggi berbanding pelajar yang mengikuti pengajaran dengan menggunakan kaedah tradisional. Saya bersetuju dengan pengkaji bahawa pengintegrasian perisian Geometer’s Sketchpad dalam pengajaran dapat memberi kesan yang positif terhadap kefahaman konsep pelajar. Terdapat hubungan yang positif antara kefahaman konsep matematik dengan pencapaian matematik untuk kedua-dua kumpulan.