Showing posts with label BAHASA PENGANTAR. Show all posts
Showing posts with label BAHASA PENGANTAR. Show all posts

Sunday, 22 June 2014

ARTIKEL 3 BAHASA PENGANTAR

Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains Dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris

Azizi Hj. Yahaya
Shahrin Hashim
Fadhlina Binti Mohd Azizuddin


PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah berkaitan dengan permasalahan seperti tahap kesediaan guru dari segi penguasaan bahasa Inggeris dan keyakinan diri mereka untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Selain itu, tahap kompetensi guru juga dapat dinilai dengan tahap penggunaan bahasa Inggeris, kaedah pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang mereka gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Pengkaji menerangkan hasil dapatan kajian dengan jelas dan baik. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Kesimpulan yang boleh diperoleh daripada kajian ini adalah kejayaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris banyak bergantung kepada kemahiran guru-guru untuk melaksanakannya kerana guru merupakan agen yang utama dalam menyampaikan dan mencurahkan ilmu. Maka, guru-guru matapelajaran sains dan matematik perlu mempunyai tahap kompetensi yang tinggi untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Mereka juga harus sentiasa bersedia menghadapi perubahan-perubahan mengikut peredaran dan cuba untuk menyesuaikan diri mereka dalam setiap situasi yang bakal mereka tempuhi.

ARTIKEL 2 BAHASA PENGANTAR

Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
 Dalam Bahasa Inggeris

Mohini Bt Mohamed & Saiful Azman Bin Mokhter


PAUTAN:

ULASAN:
Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan PPSMI menerusi persepsi pelajar dari segi kesediaan pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran, minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan seronok dan bersungguhsungguh serta dari segi keyakinan pelajar bahawa mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan jaya. Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa faktor kesediaan, minat dan keyakinan pelajar terhadap pelaksanaan PPSMI secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian juga telah dapat mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang sederhana berdasarkan pencapaian MUET yang berada pada band 3 dan band 4. Berdasarkan analisa statistik, didapati pelajar perempuan lebih mempunyai minat yang tinggi dalam mengikuti PPSMI tetapi kurang berkeyakinan berbanding lelaki. Secara keseluruhannya didapati bahawa status bangsa tidak membezakan tahap keyakinan, minat dan kesediaan pelajar dengan ketara, ini berdasarkan dapatan yang menunjukkan majoriti semua bangsa, sama ada bangsa Melayu atau bukan Melayu mempunyai tahap keyakinan, minat dan kesediaan yang sederhana sahaja. Walaupun PPSMI telah dimansuhkan, namun, kajian ini relevan sebagai panduan pada masa kini dan masa akan datang. Saya juga mendapat bahasa yang digunakan oleh pengkaji juag mudah difahami. Keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian yang baik.

Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 1 BAHASA PENGANTAR

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 LUAR BANDAR
Johari Surif,
Nor Hasniza Ibrahim dan
Meor Ibrahim Kamaruddin
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Kelemahan jurnal ini adalah objektif kajian tidak dinyatakan dengan jelas. Walau bagaimanapun, sorotan literatur yang diselitkan oleh pengkaji juga berkaitan dengan kajian dan relevan . Saya juga bersetuju dengan empat persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji. Kesimpulan kajian ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar.