Sunday, 22 June 2014

ARTIKEL 2 BAHASA PENGANTAR

Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik
 Dalam Bahasa Inggeris

Mohini Bt Mohamed & Saiful Azman Bin Mokhter


PAUTAN:

ULASAN:
Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan keberkesanan PPSMI menerusi persepsi pelajar dari segi kesediaan pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran, minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan seronok dan bersungguhsungguh serta dari segi keyakinan pelajar bahawa mereka boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dengan jaya. Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa faktor kesediaan, minat dan keyakinan pelajar terhadap pelaksanaan PPSMI secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Kajian juga telah dapat mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang sederhana berdasarkan pencapaian MUET yang berada pada band 3 dan band 4. Berdasarkan analisa statistik, didapati pelajar perempuan lebih mempunyai minat yang tinggi dalam mengikuti PPSMI tetapi kurang berkeyakinan berbanding lelaki. Secara keseluruhannya didapati bahawa status bangsa tidak membezakan tahap keyakinan, minat dan kesediaan pelajar dengan ketara, ini berdasarkan dapatan yang menunjukkan majoriti semua bangsa, sama ada bangsa Melayu atau bukan Melayu mempunyai tahap keyakinan, minat dan kesediaan yang sederhana sahaja. Walaupun PPSMI telah dimansuhkan, namun, kajian ini relevan sebagai panduan pada masa kini dan masa akan datang. Saya juga mendapat bahasa yang digunakan oleh pengkaji juag mudah difahami. Keseluruhannya, kajian ini merupakan kajian yang baik.

No comments:

Post a Comment