KINI SESIAPA SAHAJA BOLEH MENJADI GURU?
Shukri Zain
bersama
Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Roslee Talip dan Muhammad Suhaimi Taat.
PAUTAN:
ULASAN:
Artikel ini berkaitan dengan bidang perguruan yang belum mendapat pengiktirafan profesional secara amalan pengurusan. Ini adalah disebabkan ketidakkonsistenan pentadbiran dan pengurusan dasar ke atas pengambilan guru. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis bahawa menjadi guru bukan sekadar berkaitan tugas pengajaran dan pembelajaran, malah merentasi komponen-komponen pelengkap lain seperti ko-kurikulum, pengurusan kewangan, pembangunan sumber manusia dan kepimpinan. Ujian sebenar ialah bagaimana seseorang bakal guru mampu meletakkan dirinya ke tempat wajar dan sebenar ke posisi kepelbagaian tugas di sekolah. Perkara yang penting dalam pemilihan guru bukanlah bergantung kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi aspek pengurusan, kawalan kualiti, ketrampilan sahsiah dan kebertanggungjawaban penghayatan ilmu. Keseluruhannya, artikel ini bagus kerana pembaca dapat mengetahui situasi dalam pengambilan guru pada masa kini. Bahasa yang digunakan oleh penulis juga mudah untuk difahami.
No comments:
Post a Comment