Showing posts with label STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL. Show all posts
Showing posts with label STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL. Show all posts

Wednesday, 25 June 2014

ARTIKEL 2 STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

NILAI PROFESIONALISME BAKAL GURU BERTERASKAN INDIKATOR STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)

Nur Hafizoh Idris
Rohana Hamzah

PAUTAN:

ULASAN: 
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Kajian ini menggunakan instrumen penilaian rubrik jenis analitik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Selain itu, saya mendapati pengkaji juga menerangkan hasil dapatan kajian dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian sederhana terhadap tiga elemen penting penentu kualiti bakal guru perlu di beri perhatian sewajarnya agar proses pendidikan yang bertujuan menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dipertingkatkan kualitinya. Kefahaman guru terhadap proses integrasi nilai tertinggi iaitu kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan melalui proses pendidikan perlu dimantapkan kerana ia adalah asas untuk melahirkan insan berakhlak mulia. Elemen kepimpinan di kalangan bakal pendidik juga perlu diperteguhkan dimana guru perlu sedar bahawa proses pendidikan adalah proses untuk melahirkan pemimpin perubahan (khalifah) bukan seorang pengikut. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa apa yang terkandung di dalam Standard Guru Malaysia bukan sahaja perlu di jadikan panduan tetapi perlu difahami agar ia benar-benar menjadi penanda aras kompetensi bakal guru di Malaysia.

Tuesday, 24 June 2014

ARTIKEL 2 STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

PENGARUH KOMPETENSI GURU MATEMATIK KE ATAS AMALAN PENGAJARAN KREATIF

Azhari Mariani
 Zaleha Ismail

 PAUTAN:

ULASAN:
Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan pengaruh kompetensi guru matematik ke atas amalan pengajaran kreatif. Pengkaji menerangkan dengan jelas tentang  domain-domain kompetensi guru iaitu pengetahuan , kemahiran serta sikap dan personaliti guru dilihat memberikan pengaruh yang besar terhadap amalan pengajaran kreatif. Pengaruh tersebut akan memberi implikasi terhadap pembentukan modal insan yang diaspirasikan oleh negara. Bahasa yang digunakan dalam penulisan ini juga mudah untuk difahami. Saya bersetuju dengan pengkaji bahawa betapa pentingnya amalan pengajaran kreatif dipupuk dari peringkat awal pendidikan sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi. Guru-guru matematik mempunyai tanggungjawab dan peranan yang besar dalam memupuk kreativiti dalam kalangan murid. Pengaruh kompetensi guru matematik dari aspek pengetahuan, kemahiran serta sikap dan personaliti guru perlu dipertingkat dan diberi perhatian sewajarnya dalam usaha memperkasakan amalan pengajaran kreatif dalam kalangan guru-guru matematik di Malaysia. 
 

Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 1 STANDARD PENGAJARAN PROFESIONAL

CABARAN GURU SANDARAN TERLATIH DI SEKOLAH
Siti Zohara Binti Yassin

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah untuk meninjau cabaran yang dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Kajian kualitatif ini dijalankan lima bulan pertama GST berada di sekolah. Temu bual, pemerhatian dan catatan buku rekod adalah sumber data dalam kajian ini.  Saya mendapati sorotan kajian yang digunakan untuk memperkukuhkan kajian ini juga bersesuaian. Dapatan kajian ini telah memperlihatkan cabaran yang harus dihadapi oleh GST apabila ditempatkan di sekolah. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa GST harus bersedia sama ada dari segi mental, emosi dan fizikal apabila ditempatkan di sekolah setelah menamatkan latihan keguruan.