Saturday, 7 June 2014

ARTIKEL 1 PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik
 
Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah menengah di daerah Johor Bahru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Tiga pendekatan yang difokuskan dalam kajian ini ialah pendekatan berpusatkan guru, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kerana sesuai, ringkas dan mudah untuk dijawab. Seterusnya data dan maklumat yang dikumpul akan dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan suatu keputusan yang sah. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru matematik di sekolah menengah lebih menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Walau bagaimanapun, guru-guru juga masih menggunakan pendekatan berpusatkan guru. Namun, saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa guru-guru juga boleh lihat sama ada pelajar-pelajarnya faham atau tidak pengajaran yang disampaikan dengan menyoal pelajar semasa mengajar. Ini merupakan salah satu cara bagi menarik perhatian pelajar dalam P&P Matematik supaya pelajar tidak pasif dan leka. Selain itu, saya mendapati bahasa dan ayat yang digunakan oleh pengkaji mudah difahami.

No comments:

Post a Comment