PENGARUH LATAR BELAKANG SOSIAL KELUARGA TERHADAP PENCAPAIAN SAINS DAN MATEMATIK DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
Abdullah Mohd Noor
PAUTAN:
ULASAN:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang latar belakang sosial keluarga mempengaruhi pencapaian Sains dan Matematik di kalangan murid sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Kesimpulan yang diperoleh daripada kajian ini adalah murid berpencapaian
tinggi dalam matematik dan sains menunjukkan ciri-ciri berikut: terdiri daripada murid lelaki, anak pekerja
professional, anak keluarga berpendapatan tinggi dan sederhana, saiz keluarga
besar, sokongan tutor, menonton TV antara 3-4 jam sehari, lakukan kerja rumah
antara 3-4 jam sehari, mempunyai aspirasi professional dan perkhidmatan,
berminat ke sekolah kerana pelajaran, dan berminat dalam matapelajaran
matematik dan sains. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa jika seseorang itu mahu berjaya dalam
pelajaran faktor-faktor di atas perlu diambil kira dalam kehidupan seorang
murid sebagai pelajar. Kepada guru, latar belakang sosial murid adalah penting
dalam pengajaran dan kejayaan pengajaran di sekolah.
No comments:
Post a Comment