PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA KE ARAH PENDIDIKAN BERUALITI
Oleh:
Dr. Jamil Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
dan
Norlia Goolamally
Oleh:
Dr. Jamil Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia
dan
Norlia Goolamally
Open University Malaysia
PAUTAN:
ULASAN:
Artikel ini adalah tentang harapan, aspirasi dan hala tuju pendidikan Malaysia. Dalam usaha memantapkan dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah, KPM telah merangka dan melaksanakan satu perancangan strategik iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memberikan fokus kepada enam teras strategik iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Artikel ini merupakan artikel yang baik. Susunan ayat juga mudah difahami. Saya bersetuju dengan pengkaji bahawa pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras kepada kejayaan sesebuah negara. Dengan tenaga manusia yang terdidik dan terlatih negara akan lebih mudah menghadapi cabaran yang datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber tenaga manusia negara Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran. Kesimpulannya, Malaysia merancang pelan pembangunan pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu adalah untuk memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan bertaraf dunia agar matlamat Wawasan 2020 Malaysia tercapai.
No comments:
Post a Comment