Friday, 6 June 2014

ARTIKEL 1 BUDAYA SEKOLAH

BUDAYA SEKOLAH: IMPLIKASI TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN SECARA MENGALAMI

Ruhani binti Mat Min
Universiti Malaysia Terengganu

PAUTAN:

ULASAN:
Kajian ini adalah kajian kualitatif. Kajian ini bertujuan melihat kesan budaya sekolah terhadap pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di sekolah. Antara instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah temubual, pemerhatian, penulisan diari dan kajian dokumen. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji membantu pengkaji memperoleh dapatan kajian. Berdasarkan keputusan kajian, terdapat isu yang dihadapi oleh kaunselor pelatih semasa menjalani latihan praktikum kaunseling di sekolah, antaranya status penerimaan perkhidmatan kaunseling, ketidaksediaan, tidak menghormati, dan kurang kerjasama. Pengalaman kaunselor pelatih menunjukkan bahawa pembelajaran mengenai tugas seorang kaunselor berkaitan langsung dengan budaya sesebuah sekolah. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji bahawa budaya sekolah adalah elemen yang signifikan dalam proses pembelajaran yang dilalui oleh kaunselor pelatih semasa menjalani praktikum kaunseling di sekolah. Keseluruhannya, kajian ini adalah baik.

No comments:

Post a Comment