Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia
Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad
Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
PAUTAN:
ULASAN:
Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Kekuatan kajian ini adalah pernyataan masalah dan objektif kajian dinyatakan dengan jelas. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process dan product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program,kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Saya berpendapat instrumen yang digunakan juga sesuai dengan objektif kajian yang dinyatakan. Saya bersetuju bahawa kajian ini penting untuk pelajar, pensyarah, fakulti pendidikan dan universiti itu sendiri. Ternyata, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada banyak faktor antaranya faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Faktor di atas saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaanpembelajaran di Fakulti Pendidikan ini sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar dan pensyarah.
No comments:
Post a Comment