AKTIVITI KEPIMPINAN PENGETUA DI ASIA TENGGARA: ANALISIS DATA KAJIAN TIMSS 2011
Azlin Norhaini Mansor
Jamalullail Abd Wahab
Mohd Izham Mohd Hamzah
Norhayati Yusoff
PAUTAN:
ULASAN:
Tujuan kertas ini ialah untuk melaporkan sejauh mana pengetua di Malaysia, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Singapura yang menjadi responden kajian TIMSS 2011, melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berkaitan dengan matlamat sekolah, iklim sekolah dan pengajaran guru. Dapatan adalah berdasarkan kepada analisis statistik deskriptif terhadap data TIMSS 2011 yang melibatkan responden pengetua di lima buah negara yang dinyatakan. Kajian ini mendapati bahawa semua pengetua memberikan paling banyak tumpuan kepada aktiviti kepimpinan ke arah mencapai matlamat sekolah, diikuti dengan aktiviti membangunkan iklim pembelajaran yang kondusif dan aktiviti kepimpinan bagi menggalakkan perkongsian amalan pengajaran guru. data kajian TIMSS 2011 menunjukkan bahawa aktiviti kepimpinan yang keterlaluan tanpa panduan dan perancangan tidak memberikan sebarang manfaat malah memberikan kesan yang bertentangan. Persoalannya ialah, di manakah punca kelemahannya - pengetua tidak cekap, guru tidak mahir, murid bermasalah, struktur organisasi tidak ketat atau garis panduan pengurusan tidak jelas? Sehubungan itu, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi tingkah laku kepimpinan pengetua dan bagaimana setiap tingkah laku tersebut mempengaruhi pencapaian akademik murid, khususnya dalam matapelajaran sains dan matematik.
No comments:
Post a Comment